Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lebih 100 pemandu teksi protes Uber, GrabCar depan PMO

Lebih 100 pemandu teksi berkumpul di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengharamkan perkhidmatan perkongsian Uber dan GrabCar

"Hari ini, kita menyerahkan memorandum (kepada PMO) untuk meminta Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebimbangan pemandu teksi, khususnya dalam isu Uber dan Grabcar," kata Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor, Saari Omar kepada pemberita di luar PMO di Putrajaya.

Kumpulan lebih 100 pemandu teksi dari seluruh negara itu berkumpul di luar PMO dengan sepanduk tertulis antaranya 'Haramkan Uber dan Grabcar' dan 'We Love PM, You are Our Hope' (Kami sayang PM, anda harapan kami).

Mereka juga melaungkan dengan jeritan "PM haram Uber dan Grabcar" serta "Tolonglah, PM".

Sementara menunggu lima wakil mereka menyerahkan memorandum itu kepada PMO, kumpulan pemandu teksi itu juga menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik 'Inilah Barisan Kita'.

Ini merupakan acara kemuncak sejak pagi apabila pemandu teksi berkenaan berarak dari Jalan Duta ke kompleks mahkamah Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan mengenai usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) membatalkan saman mereka.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan SPAD kerana teknikal, kata Saari.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS