Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi pengguna FB ditangkap atas dakwaan ‘hina’ kerabat Johor
Diterbitkan:  Sep 27, 2016 12:47 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Dalam satu lagi kes penghinaan ke atas kerabat diraja, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di Kuala Lumpur atas dakwaan menghantar komen menjelikkan di Facebook terhadap seorang anggota keluarga diraja.

Polis menahan lelaki yang berasal dari Batu Gajah itu di Kuala Lumpur hari ini dan akan membawanya ke Johor Baru untuk proses reman, kata Ketua Polis Johor , Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd pada sidang akhbar di Johor Baru.

"Tak kira kira jika kenyataan itu dibuat terhadap keluarga diraja atau sesiapa sahaja, selagi ada laporan polis, kami akan menyiasat," katanya yang dipetik New Straits Times.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Minggu lalu, bekas wartawan Sidek Kamiso ditahan di Kuala Lumpur dan dibawa ke Johor Baru untuk reman, berhubung tweet yang didakwa dibuatnya mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.

Beliau dibebaskan dengan jaminan selepas mahkamah menolak permohonan reman polis.

Pada 15 September lalu, Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19, dijatuhi hukuman tiga tahun di sekolah pemulihan akhlak Henry Gurney berhubung posting di Facebook yang menghina Sultan Johor.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didenda RM1,900 selepas mengaku bersalah membuat komen menjelikkan terhadap Raja Muda Selangor.

Hukuman ke atas Abdul Rahim adalah yang paling ringgan dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS