Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Akta Kebebasan Maklumat (FOI) di Selangor adalah lebih baik daripada Pulau Pinang apabila undang-undang tersebut dibandingkan antara kedua negeri diterajui Pakatan Harapan itu, kata sebuah badan pemantau anti-rasuah.

Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata Pulau Pinang tidak menyatakan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) secara jelas dalam pengenalan akta berkenaan.

Selangor, di sisi lain, menyatakan dengan jelas bahawa akta ini adalah untuk menangani isu akauntabiliti dan ketelusan dalam tadbir urus, katanya.

Cynthia berkata, Seksyen 3 Akta FOI Selangor menyatakan bahawa pegawai yang bertanggungjawab perlu memudahkan urusan mendapatkan dokumen yang diperlukan seseorang.

"Ini bermakna mereka mesti dilatih dengan cekap dan berkesan untuk menjalankan tugas-tugas mereka bagi memudahkan pemohon FOI," katanya semasa berucap pada majlis forum Kebebasan Maklumat.

Forum itu dianjurkan oleh Institut Pulau Pinang dengan kerjasama C4 dan pejabat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, yang bertanggungjawab dalam isu-isu FOI.

Cynthia berkata, tidak seperti di Pulau Pinang, Seksyen 11 Akta FOI Selangor menyatakan bahawa senarai pengecualian (dokumen yang boleh dilepaskan) perlu sekecil mungkin.

'Kita perlu membenarkan lebih dan lebih banyak maklumat, terutamanya yang melibatkan isu-isu kepentingan awam," kata Gabriel.

"Seksyen 18 Akta FOI Selangor sama sekali tiada dalam enakmen Pulau Pinang, di mana ia menyatakan bahawa pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak boleh menghalang atau menggagalkan pelepasan maklumat; bahawa ia adalah satu kesalahan bagi mana-mana penjawat awam atau anggota pentadbiran negeri yang secara aktif menghalang apa-apa dokumen, " kata Cynthia.

"Selangor tidak sempurna tetapi kerana kedua-dua kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Harapan, peguam masyarakat sivil mengesyorkan agar kepimpinan duduk bersama bagi menyelesaikan butiran supaya undang-undang ini memiliki persamaan, jadi rakyat akan rasa lebih yakin pendirian Pakatan untuk perkara yang sama, "kata Cynthia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS