Kerajaan tubuh Perbadanan Bioteknologi Malaysia
Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC), sebuah agensi sehenti khas dan profesional untuk membangunkan industri bioteknologi negara ini.
Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC), sebuah agensi sehenti khas dan profesional untuk membangunkan industri bioteknologi negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata MBC, salah satu daripada inisiatif utama di bawah Dasar Bioteknologi Negara, akan diawasi oleh sebuah Majlis Pelaksanaan dan dinasihati oleh sebuah Panel Penasihat Antarabangsa. Abdullah akan mengetuai kedua-dua majlis dan panel antarabangsa itu.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, MBC diamanahkan untuk mengenal pasti cadangan-cadangan bernilai baik dalam kedua-dua penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perdagangan, dan untuk membantu usaha-usaha itu melalui sokongan kewangan dan pekhidmatan pembangunan.
Abdullah menegaskan demikian ketika merasmikan Pesidangan dan Pameran BioMalaysia 2005, yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknoligi dan Inovasi (MOSTI), di Putrajaya. Turut hadir ialah menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis.
Menurut Perdana Menteri, MBC akan bekerja rapat dengan semua agensi dan kementerian berkaitan, seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, tetapi akan berada di bawah perhatian MOSTI bagi mempertingkatkan R&D bioteknologi dan untuk membantu meningkatkan persekitaran kawal seliaan.
Kemudian pada sidang akhbar, Abdullah mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr Ahmad Zaharuddin Idrus sebagai pengerusi Perbadanan Bioteknologi Malaysia manakala Iskandar Mizal Mahmood dilantik sebagai ketua pegawai eksekutifnya.
Pada masa ini, Ahmad Zaharuddin ialah Panasihat Sains kepada kerajaan manakala Iskandar kini adalah ketua pegawai eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MRDC) Sdn Bhd.
Agensi sehenti
Antara fungsi Perbadanan Bioteknologi Malaysia ialah menjadi pemangkin hasil sampingan komersil kepada sektor swasta; mempermudah R&D didorong pasaran dan perdagangan melalui pembiayaan dan perkhidmatan pembangunan industri; dan memajukan R&D dan perdagangan dalam bioteknologi pertanian, "bioteknologi rawatan kesihatan dan bioteknologi perindustrian.
MBC juga akan bertindak sebagai pusat hubungan tunggal atau agensi sehenti untuk memperoses permohonan-permohonan bagi insentif cukai kepada syarikat-syarikat berkaitan bioteknologi.
Pakej sebenar insentif cukai yang diberikan kepada syarikat bioteknologi tertentu akan berasas penyesuaian khas kepada mutu projek itu.
Sebagai langkah permulaan, Abdullah berkata, kerajaan akan menyusun geran padanan khas bagi R&D bioteknologi dan perdagangan, termasuk sokongan kewangan dalam permohonan paten.
Untuk membantu usaha-usaha R&D lebih lanjut lagi, sebuah dana akan ditubuhkan untuk membantu dalam kos melatih pekerja-pekerja mahir dan mengambil menyelidik-penyelidik dalam bidang-bidang digalakkan, katanya.
Beliau berkata butiran lanjut mengenai geran-geran itu kini sedang diusahakan di bawah proses Rancangan Malaysia Keenam, tetapi mereka yang berminat memohon untuk pembiayaan kini boleh berbuat demikian di bawah skim-skim geran kerajaan sedia ada.
Sementara itu, bagai menyokong matlamat-matlamat dan aspirasi dasar negara itu, syarikat-syarikat bioteknologi diluluskan akan layak untuk beberapa insentif cukai.
Abdullah berkata bagi menggalakkan pelaburan bioteknologi daripada perbadanan-perbadanan sektor swasta, kerajaan menawarkan pelepasan cukai 100 peratus atau potongan ke atas pelaburan-pelaburan dalam teknologi yang berkelayakan.
Pasaran modal
Perniagaan-perniagaan bioteknologi boleh juga mendapat faedah daripada insentif cukai pra-pakej yang kini diperuntukkan oleh kerajaan melalui taraf perintis pengecualian cukai 10 tahun, pengecualian duti ikport ke atas kelengkapan dan bahan-bahan diluluskan dan potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan yang layak dan pelaburan R&D.
Untuk menambah kemudahan mendapatkan dana-dana bagi syarikat-syarikat bioteknologi, penyertaan modal teroka akan diperkukuhkan dan penyertaan ke pasaran-pasaran modal akan dipertingkatkan.
Kriteria kemasukan ke dalam Mesdaq, misalnya, mestilah membolehkan ciri-ciri khas syarikat-syarikat bioteknologi dengan tempoh matangnya yang panjang dan profil risiko yang lebih tinggi, katanya.
Katanya syarikat pegangan yang memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus daripada sesebuah syarikat bioteknologi diluluskan boleh menuntut pelepasan kumpulan di mana pendapatannya boleh diimbangi dengan kerugian yang ditanggung oleh syarikat anak bioteknologi yang diluluskannya, atau potongan bagi pelaburan dalam syarikat anak bioteknologi yang diluluskan
terhadap keuntungannya.
Syarikat-syarikat bioteknologi yang diluluskan akan juga diberikan pengecualian cukai, yang termasuk pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh sehingga 10 tahun di bawah Taraf Perintis, atau 100 peratus daripada pelaburan layak sepanjang tempoh lima tahun boleh diimbangkan terhadap keuntungan di bawah Elaun Cukai Pelaburan.
Bagaimanapun galakan ini tidak didapati jika insentif syarikat pegangan telah dituntut.
Juga, dividen yang diagih daripada pengecualian cukai syarikat-syarikat bioteknologi akan dilayan sebagai pendapatan dikecualikan cukai bagi pemegang-pemegang sahamnya, manakala pengecualian duti import dan cukai jualan akan diberikan kepada kelengkapan dan bahan-bahan bioteknollogi yang diluluskan.
Kerajaan juga memberikan potongan berganda bagi perbelanjaan yang layak ke atas R&D dan potongan berganda bagi perbelanjaan layak ke atas galakan eksport.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.