Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki maut ditetak di Sungai Petani
Diterbitkan:  Sep 29, 2016 4:52 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Seorang lelaki berusia 30-an maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Keladi dekat Sungai Petani kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Saifi Abdul Hamid berkata mangsa ditemui di dalam bilik tidur dengan kesan luka tetakan di beberapa bahagian badan.

"Polis masih menyiasat motif serangan. Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

"Usaha mengesan beberapa lagi suspek masih dijalankan dan suspek yang ditangkap akan direman sehingga 4 Oktober ini untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan media di Sungai Petani hari ini.

Saifi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS