Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Akta kawal selia dana politik dibentang ke kabinet

Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk menjamin integriti dan tadbir urus parti politik akan dibawa ke kabinet dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, berkata draf akta itu merangkumi 32 cadangan yang merangkumi semua aspek berkaitan dengan sumbangan politik dan pentadbiran, perbelanjaan, pembiayaan aktiviti politik dan mengawal selia hubungan antara politik dan perniagaan.

Antara cadangan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang dipengerusikan oleh Low adalah tidak ada had ke atas jumlah yang boleh didermakan kepada mana-mana parti atau ahli politik.

“Parti-parti politik dan ahli politik yang berjaya mungkin dapat mengumpulkan lebih banyak wang.

“Usaha untuk mewujudkan persaingan yang adil tidak harus merangkumi langkah-langkah ke arah membawa kesemua pesaing ke paras biasa yang diterima umum,” katanya.

Paul turut berkata mana-mana ahli dan parti politik yang menerima sumbangan melebihi RM3,000 setahun hendaklah mengisytiharkan kepada kepada pengawal sumbangan dan perbelanjaan politik.

“Kerajaan akan cadangkan pihak yang akan menjadi pengawal sumbangan dan nama-nama itu akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sumbangan asing, perniagaan milik kerajaan (SOE) dan syarikat terima kontrak kerajaan diharamkan.

Pihaknya turut mencadangkan supaya sumbangan dalam bentuk tunai daripada sumber asing kepada parti politik hendaklah diharamkan.

Ia termasuk sumbangan daripada individu, syarikat, yayasan, organisasi, persatuan atau mana-mana entiti berdaftatr atau tidak yang berpejabat di Malaysia.

“Kita sudah lihat perkara itu, ia adalah dalam bentuk wang tunai. Sama ada wang tunai dalam apa jua bentuk hendaklah diharamkan.

“Tapi sekiranya sumbangan itu dalam bentuk program latihan (training) bagi meningkatkan prestasi ahli parlimen, ia sepatutnya tidak menjadi masalah. Apa kita bimbang ia adalah sumbangan secara terang-terangan,” katanya.

Antara lain yang dicadangkan, perniagaan milik kerajaan (SOE) semua jenis di peringkat persekutuan dan negeri atau tempatan dilarang membuat sumbangan secara langsung atau tidak langsung atau berupa sumbangan barangan.

Dan syarikat-syarikat yang menerima kontrak kerajaan atau konsesi perlu diharamkan daripada membuat sumbangan politik secara langsung.

Sekiranya dapat dibuktikan syarikat yang menerima kontrak kerajaan memberikan sumbangan, hukuman akan dikenakan kepada pihak yang memberi dan menerima.

Cadangan itu antara lain menyebut ahli politik yang ingin mendapatkan sumbangan perlulah mempunyai akaun bank khusus bagi tujuan menerima dan membelanjakan dana bagi kerja-kerja politiknya.

Ahli politik terbabit secara peribadi bertanggungjawab mendapatkan khidmat juruaudit bertauliah bagi mengaudit rekod dan menyediakan penyata kewangan tahunan dan dikemukakan pada 30 Jun setiap tahun.

Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan jawatankuasa JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.

Terdahulu Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang yang masuk kedalam akaun Najib adalah sumbangan penderma dan bukan dari wang 1MDB.

Lihat Komen
ADS