MTUC lancar kempen bantah pengswastaan air dan khidmat kesihatan
Terjemahan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan melancarkan kempen ke seluruh negara bagi mendapatkan sokongan bagi membantah cadangan kerajaan untuk menswastakan dua sektor penting yang membabitkan rakyat pengswastaan perkhidmatan air dan penjagaan kesihatan.
Terjemahan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan melancarkan kempen ke seluruh negara bagi mendapatkan sokongan bagi membantah cadangan kerajaan untuk menswastakan dua sektor penting yang membabitkan rakyat pengswastaan perkhidmatan air dan penjagaan kesihatan.
Setiausaha MTUC, G Rajasekaran berkata, MTUC akan bergabung tenaga dengan pihak-pihak lain yang turut membantah cadangan tersebut, seperti gabungan menentang pengswastaan air dan gabungan menentang pengswastaan perkhidmatan kesihatan, bagi meningkatkan tekanan terhadap kerajaan supaya membatalkan cadangan tersebut.
Kongres itu akan melancarkan kempe tersebut sewaktu perhimpunan sambutan Hari Buruh esok yang dijangka disertai oleh 5,000 pekerja dari seluruh negara. Risalah juga akan diedarkan di perhimpunan tersebut bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai isu itu.
"Kami menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat bimbang cadangan pengswastaan tersebut akan menjejaskan kita semua," kata Rajasekaran kepada kira-kira 100 hadirin di sebuah forum di ibu pejabat MTUC semalam.
Aturcara forum sehari itu yang diadakan sempena hari antarabangsa untuk memperingati pekerja yang tercedera dan terkorban itu, termasuk penerangan mengenai perkhidmatan bekalan air dan penjagaan kesihatan.
Perbadanan, pengswastaan
Aktivis sosial, Dr D Jeyakumar berkata konsep kerajaan mengenai 'perbadanan Malaysia' pada tahun 1980-an yang didokong oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mungkin membawa kepada cadangan pengswastaan perkhidmatan kesihatan sekarang.
"Di bawah konsep tersebut, pihak kerajaan menggalakkan pembinaan hospital swasta dan hasilnya, ramai pakar perubatan meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk bekerja di sektor swasta yang menawar gaji dan faedah yang jauh lebih baik," katanya.
'Penghijrahan' pakar-pakar tersebut telah mengakibatkan merosotkan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan sehingga ada orang awam yang takut untuk mendapat rawatan di sana.
Langkah perbadanan itu memburukkan lagi keadaan seperti memperbadankan unit kardiologi di Hospital Besar Kuala Lumpur, menjadi Institut Jantung Negara, langkah memperbadanankan Hospital Universiti, sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa membayar kos perkhidmatan yang disediakan di situ, kata Jeyakumar.
Langkah tersebut berterusan dengan pengswastaan perkhidmatan kesihatan seperti pengswastaan kedai ubat pada tahun 1993 dan kontrak tersebut diserahkan kepada Southern Task Force anak syarikat Renong, mengakibatkan harga ubat naik sehingga 200 peratus.
Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan mengswastakan perkhidmatan sokongan di lima hospital kerajaan, dan antara syarikat yang mendapat kontrak tersebut ialah Faber Mediserve (sebuah lagi anak syarikat Renong) dan Tongkah Medivest yang dikaitkan dengan anak Dr Mahathir Mokzani Mahathir.
Peningkatan bajet
Perbelanjaan bagi membiayai perkhidmatan sokongan tersebut selepas ianya diswastakan menyaksikan kenaikan dari RM140 juta pada tahun 1996 kepada RM450 juta pada 1997 naik 325 peratus.
Pembinaan hospital dan pemeriksaan kesihatan pekerja asing juga kemudiannya diswastakan.
Projek pengswastaan tersebut telah mendorong kerajaan untuk menimbang memperkenalkan skim pembiayaan penjagaan kesihatan (NHFS).
Menurut kerajaan, peruntukan bajet bagi penjagaan kesihatan yang berjumlah RM1 bilion pada tahun 1983, telah meningkatkan kepada RM9 bilion setahun, sebagai alasan untuk memperkenalkan skim tersebut.
Jeyakumar juga mempersoalkan mengapa rakyat perlu membayar lebih untuk menampung kos pengswastaan tersebut.
"Kita juga ingin tahu mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memastikan NHFS tiak salahgunakan sebagai alasan untuk menawarkan kontrak-kontrak bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat tanpa melalui proses penawasan tender secara terbuka," katanya.
Seorang lagi penceramah ialah Dr Chee Heng Leng, menggesa supaya diumumkan butir-butir terperinci mengenai NHFS yang menurutnya kini dilakukan secara 'rahsia' sejak kerajaan membuat pengumuman mengenainya.
Beliau yang mewakili kumpulan Inisiatif Kesihatan Rakyat, berkata orang ramai mesti mendesak kerajaan mendedahkan perkara sebenar berhubung NHFS ini dan tidak menunggu sehingga kerajaan melaksanakannya, baru mahu berbuat demikian.
Chee, yang bertugas di Universiti Kebangsaan Singapura, berkata MTUC boleh mencadangkan kepada kerajajaan supaya yuran pemeriksaan perubatan dijadualkan berdasarkan kemampuan pekerja, berbanding dengan yang ada sekarang yang ditetapkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia, yang menurutnya 'lebih memihak kepada doktor'.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.