Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerana gigi palsu tangan tersepit dalam lubang tandas
Diterbitkan:  Oct 1, 2016 6:41 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Cubaan seorang wanita warga emas untuk mengambil gigi palsu miliknya yang terjatuh ke dalam lubang tandas, membawa padah apabila beliau terjatuh dan tangan kirinya tersepit dalam lubang itu, di Anjung Singgah, Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu di ibunegara hari ini

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata panggilan berhubung kejadian yang menimpa wanita berusia 65 tahun yang juga anggota RELA itu, diterima pada jam 7.47 pagi.

"Tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Samsol berkata mangsa berjaya diselamatkan dan gigi palsunya juga ditemui setelah pasukan bomba menggunakan alat pemecah konkrit bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada jam 11.32 pagi.

"Wanita itu hanya cedera ringan dan mengalami luka dan bengkak di tangan kirinya," katanya.

Beliau berkata wanita berkenaan dikhuatiri mengalami komplikasi gangren sekiranya aliran darah di tangannya tidak lancar berikutan mangsa merupakan pesakit diabetes. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS