PM: Tidak perlu resolusi tentang isu Burma
Terjemahan Ahli-ahli Parlimen bebas membincangkan isu mengenai Burma tetapi Dewan Rakyat tidak perlu membuat sebarang resolusi mengenainya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Terjemahan Ahli-ahli Parlimen bebas membincangkan isu mengenai Burma tetapi Dewan Rakyat tidak perlu membuat sebarang resolusi mengenainya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya membenarkan mereka membincangkannya tetapi saya tidak fikir satu
resolusi diperlukan. Yang lebih penting ialah mereka menyuara pandangan mereka mengenai situasi di Burma, itu adalah kebebasan bersuara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Etika dan Integriti Dunia 2005 di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Dan itulah ulasan perdana menteri mengenai isu tersebut. Beliau tidak mengulas lanjut apabila terus ditanya mengenai arahannya supaya ditarik balik usul mengenai Burma yang dijadualkan dibincangkan di Dewan Rakyat semalam.
Katanya beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya sambil berkata beliau mempunyai banyak lagi perkara penting yang perlu diuruskannya.
Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat bahawa usul tersebut telah ditarik balilk atas arahan perdana menteri berikutan bantahan daripada kerajaan junta tentera negara itu.
Nazri, yang bertanggungjawab dalam urusan Dewan Rakyat, berkata kerajaantidak mahu terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam usul tersebut yang boleh dianggap sebagai mencampuri urusan dalam negeri Burma.
Zaid kecewa
Bagaimanapun, kata Nazri, ahli-ahli Parlimen dibenarkan menyentuh mengenai isu tersebut apabila membahas mana-mana rang undang-undang.
Keputusan tersebut dipercaya amat mengecewakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini mengemukakan usul tersebut dalam kapasitinya sebagai pengerusi Kaukus Parlimen mengenai Burma.
Usul tersebut, yang dijadualkan dibahaskan semalam, antara mendesak supaya Burma tidak dilantik menjadi pengerusi Asean sehinggalah kerajaan tenteranya membebaskan tahanan politik dan memulihkan demokrasi.
Badan-badan hak asasi manusia menyifatkan keputusan menarik usul itu sebagi amat mengecewakan dalam usaha Malaysia yang mengetuai usaha supaya Burma tidak dilantik ke jawatan tersebut.
Mereka mendakwa keputusan menarik balik usul itu menunjukkan bahawa pihak kerajaan 'tunduk" kepada permintaan kerajaan junta Tentera Burma.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.