Saman Jamal? Buang masa saja, kata Rafizi
Anggota parlimen PKR Rafizi Ramli percaya usahanya membantu mangsa yang disyaki terlibat dengan kumpulan bersenjata IS digunakan untuk mengaitkan beliau dengan kegiatan keganasan.
Katanya, NGO diasaskannya Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (Now) sebelum ini terlibat dalam kes sebegitu.
Ini, katanya, termasuk melibatkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketika ditemui Malaysiakini di ibu negara malam tadi, Rafizi berkata beliau dan Now pernah terlibat dalam kes pegawai polis Jusninawati Abdul Ghani yang ditahan Sosma atas dakwaan menyembunyikan maklumat kegiatan pengganas.
Pemimpin Baju Merah dan ketua Umno bahagian Jamal Md Yunos Selasa lalu mendakwa Rafizi membekalkannya maklumat berkaitan kemungkinan terdapat kaitan antara IS dan gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.
Ia membuatkan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kee menggesa polis menyiasat Rafizi yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR.
Sementara itu, ditanya sama beliau akan menyaman Jamal, Rafizi berkata itu bukan pilihannya.
“Buang masa dan buang duit saja,” katanya sambil menafikan menjadi sumber Jamal.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata telah meminta polis tidak menyiasat dakwaan Jamal itu.
[Baca berita asal

