Syed Husin jadi profesor pelawat British Academy
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menerima tawaran dari British Academy untuk menjadi Profesor Pelawat di Universiti Cambridge, London selama sebulan.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menerima tawaran dari British Academy untuk menjadi Profesor Pelawat di Universiti Cambridge, London selama sebulan.
Selama sebulan di Cambridge, beliau akan membuat penyelidikan dan menguruskan seminar berkaitan dengan buku yang sedang disediakan.
Beliau juga akan memberi seminar di Universiti of Bath dan berkemungkinan di London School of Economics and Political Science (LSE).
Bagaimanapun, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR tidak tidak menyatakan nama buku Syed Husin tersebut.
Syed Husin menyelesaikan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di LSE pada 1972.
Sebelum menyertai politik, beliau mengajar di Universiti Malaya hampir 30 tahun sebelum menjadi Profesor Pembangunan Sosial di Insitut Pengajian Tinggi, dan kemudiannya sebagai Profesor merangkap Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi di universiti berkenaan.
Apabila Syed Husin dilantik sebagai Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 1990, beliau diarah bersara awal kerana dianggap melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang melarang kakitangan dan pelajar universiti aktif dalam politik.
Menurut kenyataan media itu lagi, PKR telah memberi cuti kepada Syed Husin dan beliau akan berlepas ke Cambridge Jumaat ini.

