Ibu lahir anak dalam lif hospital umum S'wak
Diterbitkan: Oct 7, 2016 3:50 PM | Dikemas kini: Oct 7, 2016 3:52 PM
Seorang ibu melahirkan anak ketika terperangkap di dalam lif di Hospital Umum Sarawak kira-kira jam 4.27 pagi tadi.
Si ibu tersebut dan bayi lelakinya dibawa keluar oleh anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.
Pembantu Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Bolhan berkata kejadian berlaku di tingkat empat hospital.
Wanita berkenaan Zuraidah Naskim dan anaknya dilapor dalam keadaan sihat.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.