Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dyana: Pengundi guna otak, bukan desakan seksual
Diterbitkan:  Oct 10, 2016 9:25 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Gesaan dalam mesyuarat agung Gerakan supaya parti itu meletakkan lebih ramai calon “wanita muda dan seksi” terus mengundang kecaman, kali ini dari pemimpin belia DAP pula.

Dyana Sofya Mohd Daud berkata, Pakatan Harapan menggalakkan wanita muda yang bijak, berdedikasi dan berani menyertai politik.

Selain itu, katanya, kemampuan, sikap patriotik dan sikap ringan tulanglah yang menjadikan mereka calon boleh menang, bukan kerana ciri-ciri fizikal.

“Sebaliknya, pemimpin Gerakan dan banyak lagi pemimpin di sebelah sana (BN) lebih gemar pada objektif seksual wanita dalam politik dengan retorik murah kononnya pengundi memilih berdasarkan gesaan seksual, bukan otak,” kata Dyana.

Dalam perhimpunan agung semalam, Dyana turut dirujuk sebagai “seorang wanita muda Melayu saja”.

Dyana mencabar presiden parti itu Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014 dan hanya tewas tipis.

Ketua Biro Perundangan dan Hak Asasi Manusia Gerakan Datuk Baljit Singh berkata di kerusi yang peluang sangat tipis, Gerakan perlu meletakkan calon wanita muda, seksi dan "sanggup melakukan segala-galanya".

Baljit kemudian meminta maaf jika kenyataannya mengguris perasaan sesiapa tetapi menegaskan tidak berniat merendah-rendahkan mana-mana wanita.

Katanya, kenyataan itu dibuat merujuk kepada ahli seumur hidup Gerakan, Azmar Md Alias, yang menganggotai parti itu sejak 1985, yang menurutnya “seorang nenek”.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS