Kerajaan digesa umum maklumat skim kesihatan baru
Terjemahan Kerajaan perlu memaklumkan butir-butir terperinci mengenai Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) bagi menghilangkan kebimbangan ia mungkin menandakan berakhirnya sistem penjagaan kesihatan sedia ada, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia(Fomca).
Terjemahan Kerajaan perlu memaklumkan butir-butir terperinci mengenai Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) bagi menghilangkan kebimbangan ia mungkin menandakan berakhirnya sistem penjagaan kesihatan sedia ada, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia(Fomca).
"Pengumuman Kementerian Kesihatan baru-baru ini hanya menyentuh mengenai beberapa prinsip skim tersebut, seperti orang berada mensubsidi orang miskin, dan pengecualian bayaran yuran bagi kakitangan kerajaan dan golongan cacat," kata Presiden Fomca, Marimuthu Nadason dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kerajaan perlu memberi keutamaan dalam menentukan siapakah yang layak menerima bantuan di bawah skim tersebut yang dijadual dilaksanakan tahun depan.
"Siapakah orang miskin? Apakah ujian yang akan digunakan untuk menentukan (siapakah) orang miskin (itu)? Menggunakan definasi sekarang yang berasaskan kepada pendapatan isirumah, akan menafikan majoriti rakyat daripada mendapat penjagaan kesihatan.
"Pendapatan bulanan isirumah bagi 60 peratus isirumah di Malaysia kurang daripada RM2,000. Mereka yang bekerja sendiri dan surirumah bimbang nanti tiada lagi perkhidmatan kesihatan percuma," katanya.
Hangat diperbahaskan
Sambil melahirkan kebimbangannya mengenai pengswastaan bidang-bidang yang berkaitan dengan kesihatan awam, Marimuthu juga menekankan mengenai peluang golongan berpendapat rendah untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Katanya, kini wujud tanda-tanda kemungkinan, selepas ini, tidak ada lagi sistem kesihatan saksama di Malaysia berikutan pengswastaan pelbagai bidang dalam sistem kesihatan awam seperti pemerolehan dan pembahagian ubat.
"Pengswastaan akan menafikan majoriti rakyat daripada memperolehi khidmat kesihatan.
"Maklumat ini amat penting, antaranya, untuk mengetahui bagaimanakah skim ini akan diuruskan, siapakah yang akan mengendalikannya, dan bagaimana kesaksamaan dalam perkhidmatan kesihatan akan dikekalkan untuk mereka yang tidak mampu," tambahnya.
Sejak idea itu dibangkitkan pada tahun 2000, skim tersebut menjadi pendebatan hangat di mana ramai mencadangkan supaya diwujudkan satu pelan kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan, tidak berorientasikan keuntungan, yang dibiayai melalui hasil cukai dan sumbangan majikan, pekerja dan mereka yang bekerja sendiri.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.