Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMANAH perjelas kenapa perlu pujuk PAS
Diterbitkan:  Oct 11, 2016 8:55 AM
Dikemaskini: 2:39 PM

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan hasrat untuk terus memujuk PAS bersama parti pembangkang lain bagi bertanding menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita masih punya waktu untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk PAS.

“Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas di kemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan harapan untuk menolak BN,” kata Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan terkini Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PBPM) Tun Mahathir Mohamad yang berhasrat untuk terus memujuk PAS.

Dalam kenyataannya semalam, Salahuddin bagaimanapun menegaskan batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya keputusan dan hala tuju pembangkang dapat dimuktamadkan dengan segera.

“Kekuatan sedia ada iaitu Pakatan Harapan dan BERSATU yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar,” katanya.

Lihat Komen
ADS