Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gerakan mahu PM bertindak
Diterbitkan:  Oct 11, 2016 1:56 PM
Dikemaskini: 2:43 PM

Pemuda Gerakan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil tindakan terhadap pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos.

Timbalan Ketuanya, Andy Yong berkata walaupun Jamal dan beberapa pemimpin Umno mendakwa pergerakan itu tiada kaitan dengan Umno, namun Jamal adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar.

"Sebagai Presiden Umno, Najib boleh mengambil tindakan kerana Jamal adalah ketua bahagian Sungai Besar.

"Belum dikira lagi ahli Umno lain yang terlibat dengan jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Yong menegaskan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri adalah mengenai perpaduan dalam kepelbagaian dan menerima perbezaan, tidak hanya toleransi semata-mata atau rasa hormat.

"PM juga menyokong kesederhanaan yang sepatutnya menjadi cara bergerak ke hadapan. Beliau adalah PM untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Walaupun mengakui ia adalah hak mana-mana kumpulan untuk berhimpun dan membantah secara sah, Yong merujuk perbuatan ganas dilakukan kumpulan Baju Merah.

Semalam, Yong mengetuai delegasi Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung satu paparan Facebook yang didakwa dibuat oleh Jamal untuk mengancam berulangnya tragedi 13 Mei 1969.

Beliau berkata walaupun Jamal mendakwa posting itu adalah dari akaun palsu, pihak polis mesti menyiasat sama ada ia benar-benar datang daripadanya.

Selain itu, Yong turut menggesa pihak polis mengambil tindakan ke atas kekecohan yang berlaku baru-baru ini di Teluk Intan, Sabak Bernam dan Gurney Drive, di mana Baju Merah berhadapan peserta konvoi Bersih 5.

Lihat Komen
ADS