Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ibu abaikan rawatan kanser untuk bersama anak
Diterbitkan:  Oct 13, 2016 12:46 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Ia adalah kisah keluarga yang cukup memilukan.

Seorang ibu berusia 42 tahun yang disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga enggan menjalani rawatan perubatan semata-mata mahu menjaga dan bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun yang juga sakit.

Menurut Harian Metro, Suhaida Mohamad dari Kuala Selangor berkata beliau sanggup menahan kesakitan kerana melihat senyuman anaknya adalah memadai.

“Saya sanggup abaikan rawatan kimoterapi dan radioterapi semata-mata untuk menyelamatkan nyawa anak.

“Saya tidak sanggup melihat dia menanggung kesakitan keseorangan tanpa saya di sisi,” katanya.

Rawatan kimoterapi dan radioterapi adalah proses yang memakan masa. Ia lazimnya akan menyebabkan seseorang itu menjadi lesu dan tidak bermaya, justeru Suhaida memutuskan untuk tidak meneruskan rawatan kerana bimbang tidak dapat membantu anaknya.

Ibu itu berkata, beliau dan anaknya, Muhammad Danish, menghidap kanser pada waktu yang lebih kurang sama iaitu setahun yang lalu.

“Saya sudah sedar lama kewujudan ketulan di payudara sebelah kiri.

“Namun Muhammad Danish pada ketika itu mula menunjukkan tanda kanser tulang dan saya terus lupakan niat untuk pergi berubat,” katanya.

Kaki kiri Muhammad Danish yang menghidap kanser tulang tahap empat telah dipotong dan beliau kini memerlukan pembedahan lanjut kerana kanser telah merebak ke paru-parunya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS