Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua pimpinan BN negeri telah membuat bantahan rasmi mereka terhadap cadangan persempadanan semula kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya semalam adalah hari terakhir untuk berbuat demikian dan bantahan tersebut dibuat melalui saluran yang betul, mengikut peraturan dan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Akta SPR.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride di Putrajaya hari ini.
Tambahnya, setiap negeri di bawah pentadbiran BN telah mengemukakan bantahan rasmi mereka kepada SPR.
Terdapat tiga cara untuk membuat bantahan di bawah Akta SPR, jelasnya, dengan salah satu cara ialah melalui kerajaan negeri.
Itulah kaedah yang BN putuskan untuk digunakan. katanya, sambil menambah bahawa ia mengarahkan semua negeri di bawah gabungan itu untuk membuat bantahan bersama.
Cara kedua, katanya, ialah dibuat melalui pihak berkuasa tempatan, manakala cara ketiga melalui pengundi itu sendiri.
Di negeri-negeri yang tidak ditadbir BN, kata beliau, pihaknya mendapatkan 100 pengundi di kawasan pilihan raya Parlimen untuk membuat bantahan dan menyerahkan serahkan SPR untuk membuat keputusan.
Umno sebelum ini berkata, ia tidak berpuas hati mengenai persempadanan semula itu dan akan membuat bantahan.
Cadangan persempadanan semula oleh SPR menjadi sasaran kritikan, dengan pembangkang mendakwa ia banyak memihak kepada BN.
