KL dan Jakarta setuju redakan ketegangan di Laut Sulawesi
Terjemahan Malaysia dan Indonesia hari ini bersetuju untuk meredakan ketegangan di sempadan bertindih di Laut Sulawesi yang kaya dengan minyak, dengan Kuala Lumpur menegaskan tidak perlu untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan di kawasan terbabit.
Terjemahan Malaysia dan Indonesia hari ini bersetuju untuk meredakan ketegangan di sempadan bertindih di Laut Sulawesi yang kaya dengan minyak, dengan Kuala Lumpur menegaskan tidak perlu untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan di kawasan terbabit.
"Sementara menunggu penyelesaian dicapai (terhadap pertikaian itu), kita bersetuju hari ini bahawa tentera laut kedua negara akan berusaha untuk mengurangkan ketegangan di kawasan itu," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam sidang akhbar bersama dengan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang dalam lawatan ke negara ini.
"Kedua negara tidak perlu mengeluarkan kapal perang dari kawasan terbabit, tetapi mereka tidak perlu menunjukkan kekuatan masing-masing, kecuali melakukan rondaan biasa," kata Najib yang juga menteri pertahanan.
Yusuf pula berkata, panglima tentera laut kedua negara telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana mereka akan mengadakan 'rondaan mesra' tanpa mencetuskan sebarang konflik.
April lalu, kapal perang kedua negara bergesel dekat Karang Unarang di timur kepulauan Borneo di mana pihak Indonesia sedang membina sebuah rumah api bagi menguatkan lagi tuntutannya di kawasan terbabit.
Ketegangan meningkat sejak Malaysia memberi kontrak konsesi carigali minyak kepada syarikat minyak Shell pada 16 Februari lalu. Jakarta mendakwa kawasan tersebut berada di luar wilayah Malaysia.
Para pegawai kedua negara telah memulakan rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap tuntutan bertindih di Laut Sulawei bulan lalu, dan mereka dijadual bertemu lagi bulan ini di Malaysia.
- AFP

