Insiden anti-BERSIH: Kami nak pergi makan saja, kata Pemuda Umno
Kumpulan anti-BERSIH yang bertempur dengan penyokong BERSIH di Kuala Selangor semalam dalam perjalanan untuk pergi makan, kata seorang pemimpin Pemuda Umno.
Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, mereka tidak mempunyai niat untuk mencetuskan kekecohan.
"Kami telah membina tambak pasir sejak awal pagi...Kami mahu makan," ujar beliau dengan merujuk kepada persiapan yang dilakukan oleh kumpulan baju merah untuk membantu penduduk Kuala Selangor menghadapi fenomena air pasang besar.
"Tetapi anda tahu, para pemuda berasa penat mengangkat beg pasir dan apabila sampai di sana, mereka terlihat BERSIH (mengedarkan risalah).
"Saya beritahu salah seorang daripada mereka (dari kumpulan BERSIH) 'Abang, buatlah di tempat lain, kita mahu makan', tetapi tiba-tiba ada provokasi," Armand kepada Malaysiakini.
Pergelutan yang tercetus semalam antara penunjuk perasaan anti-BERSIH dan sukarelawan BERSIH yang mengedarkan risalah di pasar raya besar, Giant di Kuala Selangor.
Beberapa ahli dari kumpulan anti-BERSIH telah mengasari dan menakut-nakutkan wartawan yang membuat liputan. Bagaimanapun, Armand berkata, beliau telah cuba untuk menghentikan pergelutan itu.
"Dari awal lagi, saya cuba untuk menghentikan apa yang berlaku kepada wartawan, kepada orang-orang BERSIH.
"Tetapi Malaysiakini laporkan saya mula provokasi," dakwanya.

