Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
10 tahun berlalu, masih tiada keadilan, dakwa bapa Altantuya

Dr Shaariibuu Setev mengesyaki Mongolia, Malaysia dan Australia mahu mendiamkan kes sensitif politik seorang bekas anggota polis Malaysia yang disabit membunuh anak perempuannya satu dekad yang lalu dan kini di dalam tahanan imigresen di Sydney.

Setev adalah seorang profesor universiti pengajian filem di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia.

Anak perempuan sulungnya, Altantuya Shaariibuu, 28, seorang penterjemah dan ibu kepada dua anak lelaki, dibunuh pada 19-20 Oktober 2006 dan dua anggota polis Malaysia telah disabitkan melakukannya.

Dia ditembak dua kali di kepala sebelum diletupkan dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur. Motif jenayah itu dan sumber arahan kepada anggota polis itu masih tidak diketahui.

Mereka yang disabit membunuhnya - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - adalah anggota unit polis komando elit yang menyediakan perkhidmatan pengawal peribadi kepada pemimpin utama Malaysia, termasuk Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, yang kini menjadi perdana menteri.

Sirul sedang ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney sejak 21 bulan yang lalu, selepas dia ditahan menggunakan visa pelancong yang tamat tempoh.

Pegawai kerajaan tidak membuat sebarang komen ketika ditanya sama ada ianya luar biasa bagi seseorang ditahan sekian atas kesalahan visa tamat tempoh. Atau adakah pegawai Australia mengaitkan - sekurang-kurangnya secara tidak terbuka - tahanan Sirul kepada satu sabitan pembunuhan dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya tanpa hadir di Malaysia tahun lepas.

Australia mempunyai dasar dalam Akta Migrasinya yang menghalang seseorang diekstradisi ke mana-mana negara di mana mereka akan menghadapi hukuman mati. Apabila ditanya jika polisi ini relevan dengan kes itu, tiada sebarang komen rasmi.

"Kerajaan Mongolia tidak berbuat apa-apa. Menteri kehakiman Mongolia kini melarikan diri dari saya. Jika dia nampak saya berjalan melalui pintu ini, dia keluar ikut pintu lain."

Ketika ditemui sebelum ini, seorang jurucakap menteri imigresen dan perlindungan sempadan, Peter Dutton, tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan Setev itu.

Peguam Negara Persekutuan, George Brandis, yang pejabatnya mengendalikan hal ekstradisi, tidak respon kepada soalan sama yang dihantar kepadanya melalui kakitangannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS