Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas ugutan bunuh ala IS, kereta anak Maria pula disimbah cat
Diterbitkan:  Oct 20, 2016 9:32 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah akan membuat satu lagi laporan polis hari ini mengenai ancaman terhadap anak-anaknya, selepas kereta anak lelakinya disimbah dengan cat merah.

"Pada jam 2.57 pagi ini, beberapa penyangak menyimbah cat merah ke atas kereta anak lelaki saya.

“Saya akan buat laporan polis hari ini," katanya dalam satu mesej Whatsapp.

Sementara itu, BERSIH dalam kenyataannya berkata, kejadian berlaku di perkarangan rumah beliau di ibu negara.

“Sejak hari pertama tarikh himpunan aman BERSIH 5 diumumkan, serangan- serangan jijik, kotor dan ganas ini dilakukan terhadap Maria dan keluarganya.

“Malah, dua hari yang lalu, Maria Chin dan 3 anaknya bersama dengan Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh turut diugut bunuh,” katanya.

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu turut menyeru semua bersatu menolak “keganasan politik” yang berlaku.

Sementara itu, BERSIH juga mengumumkan akan menyerahkan memorandum terhadap Bukit Aman petang ini berkaitan insiden-insiden yang melibatkan mereka setakat ini.

BERSIH akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 19 Julai depan.

Sepanjang bulan ini mereka menjelajah ke pelbagai pelosok negara secara berkonvoi untuk mengajak orang ramai ke perhimpunan bulan depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS