Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NOW: Semua boleh kesan pembaziran k'jaan guna indeks baru

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berharap kerajaan akan menggunapakai indeks pembaziran kerajaan (NGWI) yang baru dilancarkan oleh NGO beliau - satu indeks empirikal untuk mengesan rasuah.

Rafizi, pengasas Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) berkata mereka bersedia untuk berbincang dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan untuk menerangkan bagaimana untuk menggunakan indeks itu bagi mengukur pembaziran dalam jabatan mereka.

Walaupun jika mereka tidak mahu berbincang dengan NOW, setiausaha agung PKR itu berkata beliau bersedia untuk menghantar salinan laporan pertama NGWI kepada mereka.

"Ini bukan politik, ini adalah matematik. Secara matematik, ia (indeks itu) terbukti," katanya kepada pemberita selepas pelancaran laporan NGWI di Sungai Besi malam tadi.

The NGWI adalah cara saintifik menilai pembaziran kerajaan, katanya, berbanding dengan langkah-langkah lain mengukur rasuah seperti indeks persepsi rasuah (CPI), yang bergantung kepada persepsi.

Untuk laporan pertama NGWI, pengarah eksekutif NOW, Akmal Nasir berkata mereka mengekstrapolasi data dari tiga set laporan ketua audit negara bagi tahun 2014.

Rafizi berkata mereka bercadang untuk menyiarkan suatu laporan NGWI setiap tahun, kerana beliau percaya ia mungkin mempunyai impak yang lebih terhadap pendapat umum, berbanding dengan laporan tahunan Ketua Audit Negara.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS