Terjemahan Amerika Syarikat menawarkan bantuan bagi menangani ancaman lanun yang menghantui rantau ini ketika ia membaharui perjanjian pertahanan dengan Malaysia, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Rendah Jabatan Negara Amerika Robert Zoellick menawarkan bantuan tersebut ketika menyaksikan pembaharuan Perjanjian Pemerolehan dan Perkhidmatan Rentas (ACSA), satu perjanjian 10-tahun kerjasama logistik ketenteraan antara kedua-dua negara.

"Zoellick sangat bangga dengan tahap kerjasama yang dihulurkan oleh Malaysia dalam usaha menangani keganasan, khasnya melalui Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan, usaha-usaha kita di peringkat domestik dan serantau untuk membanteras keganasan dan konflik," kata Najib lagi.

Zoellick juga turut menyentuh mengenai isu sensitif membabitkan perairan Selat Melaka di mana serangan lanun telah menimbulkan kebimbangan yang pihak pengganas mungkin merampas kapal tangki minyak dan menjadikan sebagai bahan letupan yang besar.

Najib berkata Zoellick menawarkan bantuan tersebut tanpa tanpa menjejaskan kedaulatan tiga negara yang bersempadankan laluan perkapalan tersebut Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Keselamatan pelabuhan

Malaysia sebelum ini telah menolak cadangan supaya Amerika atau tentera laut negaraa lain dibenarkan membantu meronda selat tersebut.

"Ia (Amerika) mahu membantu tanpa menjejaskan kedaulatan negara-negara berkenaan, dan Amerika juga tidak mahu menjejaskan prinsip kedaulatan di kawasan tersebut," kata Najib seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

"Apa caranya dan apa bidang yang mereka mahu bantu, terpulang kepada Amerika untuk menimbangnya," tambahnya.

Selat Melaka merupakan salah satu laluan perkapalan paling sibu di dunia yang digunakan oleh 50,000 kapal setahun atau membabitkan satu perempat aktiviti perdagangan dunia.

Najib berkata, Malaysia juga bersetuju untuk mengambil bahagian dalam inisiatif keselamatan pelabuhan Amerika untuk mempertingkatkan keselamatan terhadap kargo yang dihantar melalui pelabuhan di negara itu.

Program tersebut bagaimanapun tidak membabitkan kehadiran Amerika di rantau ini.

Malaysia sebelum ini telah menegaskan bahawa kehadiran tentera Amerika di Selat Melaka akan meningkatkan risiko berlakunya keganasan, dan bukan mengurangkannya.

- AFP