Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet bukan untuk raih agenda politik jangka pendek - Najib
Diterbitkan:  Oct 20, 2016 7:05 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Datuk Seri Najib Razak menyangkal Bajet 2017 adalah bertujuan untuk meraih kepentingan agenda politik jangka pendek dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas spekulasi bahawa belanjawan yang akan dibenatngkannya esok, perdana menteri sebaliknya menyifatkan, peruntukan yang akan dibentang di Parlimen, esok, sebagai 'bajet komitmen' untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi.

"Segelintir pihak mungkin akan mengutamakan agenda meraih kepentingan politik jangka pendek dulu, namun kerajaan ini tidak akan berbuat demikian.

"Kita komited untuk memastikan asas ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing, termasuk merangka dasar untuk mengurangkan defisit, melonjak aktiviti ekonomi dan memastikan keupayaan sistem kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Najib berkata kerajaan juga terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

"Bajet yang komprehensif ini akan memastikan setiap janji kerajaan kepada rakyat sentiasa dipenuhi," katanya.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika ini berkembang antara empat dan 4.5 peratus, meskipun pertumbuhan ekonomi negara maju diunjurkan hanya 1.6 peratus.

"Kita mempunyai pelan dan ia ternyata berjalan lancar.

“Justeru, kerajaan akan terus memastikan petunjuk ekonomi seperti tahap inflasi, kadar pertumbuhan serta kadar hutang kekal kukuh, sekali gus mencerminkan kekuatan asas ekonomi negara.

"Walaupun kita terpaksa mengharungi tekanan fiskal, kadar inflasi negara kekal rendah dan kedudukan rakyat Malaysia hari ini lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menyuarakan komitmen kerajaan akan terus mengotakan janjinya kepada rakyat secara adil dan menyeluruh, malah analisis menunjukkan ekonomi negara akan terus berkembang pada kadar menjangkau lima peratus pada 2017.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS