Terjemahan Polis Australia akan berusaha untuk menyoal seorang yang didakwa anggota militan Islam yang dikatakan telah menjalani latihan bersama anggota Jemaah Islamiah di sebuah kem di Barat Sydney, apabila dia dibebaskan daripada tahanan di Malaysia, kata satu laporan hari ini.

Akhbar Australian melaporkan, pihak polis tidak dapat menyoal Asman Hashim kerana dia sedang ditahan tanpa perbicaraan di bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila dia pulang ke Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Selepas meninggalkan ajaran rangkaian militan Islam di Asia Tenggara Jemaah Islamiah Asman sepatutnya dibebaskan pada 20 April, kata laporan itu lagi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dia telah dibebaskan atau tempoh tahanannya dilanjutkan.

Asman berada selama setahun di Sydney sebelum pulang ke Malaysia pada 2002. Polis mengesyaki, ketika berada di sana, dia telah menjalani latihan bersama anggota Jemaah Islamiah di Blue Mountains di barat Sydney.

Menurut akhbar Australian itu lagi, apabila dia meninggalkan Australia, pihak polis telah menemui kesan-kesan pembuatan bom pada bagasinya yang ditinggalkannya, tetapi mereka gagal mengesan di mana terletaknya kem tersebut.

Laporan itu menyebut, sebelum ini Hashim peranah menjalani latihan bersama puak pemisah dari Barisan Pembebasan Islam Moro di selatan Filipina.

Jemaah Islamiah yang dipercayai ada kaitan dengan al-Qaeda, dituduh melakukan pengeboman di sebuah kelab malam di Bali, yang mengorban 202 orang, termasuk 88 rakyat Australia, dan beberapa serangan lainnya.

Masih jadi sasaran

Selasa lalu, Peguam Negara Philip Ruddock telah mengingatkan rakyat Australia supaya lebih berhati-hati dengan serangan pengganas, sambil menegaskan bahawa pihak perisikan Australia, kerana negara ini masih menjadi sasaran.

"Ya, wujudnya aktiviti-aktiviti yang membimbangkan kami di sini," katanya dalam siaran radio ABC sebelum ini.

- AFP