Apa jadi dengan jemputan Samy melawat hospital Temerloh?
Terjemahan Sudah lebih sebulan pemimpin DAP Dr Tan Seng Giaw menunggu Menteri Kerjaraya Datuk S Samy Vellu mengkotai janjinya untuk melawat bangunan Hospital Temerloh bernilai RM500 juta yang kini dilanda kontroversi.
Terjemahan Sudah lebih sebulan pemimpin DAP Dr Tan Seng Giaw menunggu Menteri Kerjaraya Datuk S Samy Vellu mengkotai janjinya untuk melawat bangunan Hospital Temerloh bernilai RM500 juta yang kini dilanda kontroversi.
Menurut Ahli Parlimen Kepong itu berkata, pada 5 April lalu, ketika di Parlimen, menteri berkenaan telah menjemputnya untuk melawat projek pembinaan hospital berkenaan.
"Sudah lebih sebulan...saya masih lagi menunggu," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.
Tan juga menggesa Vellu supaya menjelaskan mengapa kontraktor Projek Hospital Temerloh Sdn Bhd (PHTSB) boleh memperolehi Sijil Kepatuhan Praktikal (CPC) pada 15 Januari lalu sedangkan pembinaannya belum siap.
"Contohnya, ia tidak memasang Residual Current Device (RCD), sesetengah jalan di situ dibina menggunakan batu kapur atau granit, tempat pendaratan helikopter (helipad) tidak memenuhi standard antarabangsa dan sebagainya," katanya.
Pada 17 Mac lalu, Tan yang juga timbalan pengerusi DAP, telah meninjau hospital berkenaan selepas menerima aduan dari orang ramai. Beliau berjumpa dengan wakil PHTSB dan Jabatan Kerjaraya dan pengarah hospital tersebut, Dr Dr Bahari Che Awang.
Samy Vellu telah mempertahan projek hospital tersebut dan menyifatkanya sebagai yang tercantik di Pantai Timur Semenanjung. Beliau juga mengingatkan pemimpin DAP itu seupaya tidak membuat 'kenyataan melulu' dan mencabarnya membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
"Membingungkan'
Sementara itu, Tan berkata, beliau telah menulis kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 8 April lalu bertanyakan sama ada ia telah memberi kelulusan kepada helipad di hospital tersebut, yang terletak di tengah-tengah bangunan hospital, asrama, kawasan letak dan jalan.
"Dalam jawapannya bertarikh 14 April, ia (DCA) berkata helipad itu mesti mematuhi spesifikasi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, dan ciri-ciri keselamatan seperti lampu mesti dipasang di bangunan tinggi berdekatan dan pihak pengurusan mesti mengeluarkan Prosidur Pengendalian Standard yang menghadkan perlepasan dan pendaratan dibuat dari satu arah sahaja," katanya.
Menurutnya, jawapan tersebut tidak jelas dan berikutan itu beliau telah menulis surat kepada DCA untuk bertanya sekali lagi sama ada ia telah memberi kelulusan kepada helipad tersebut," tambahnya.
Menurutnya, jika kerja-kerja utama seperti pemasangan RCD, helipad dan jalan-jalan tidak mematuhi spesifikasi, maka kontraktor tersebut tidak sepatutnya diberi CPC.
Oleh itu, katanya, adalah sesuatu yang 'membingungkan' bagaimana PHTSB boleh mendapat CPS itu.

