Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Permohonan ubah status sulit audit 1MDB akan didengar 18 Nov

Permohonan semakan kehakiman Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali untuk mengubah status sulit Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB akan didengar pada 18 November ini.

“Saya hanya terima dokumen-dokumen pada petang Isnin lepas, jadi kami perlu masa,” kata hakim persekutuan Shamsul Bolhassan kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu ditetapkan di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah.

Sementara itu, Shamsul berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 3 November depan.

Azmin memfailkan permohonan itu pada 15 Ogos lalu.

Beliau menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Permohonan itu dibuat bawah Aturan 53, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk mencabar pengelasan laporan audit berkenaan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Azmin juga memohon pengisytiharan bahawa pengelasan itu tidak mengikut undang-undang dan ultra vires kepada perlembagaan.

Timbalan presiden PKR itu juga memohon perintah mendamus untuk memaksa responden, agen dan pegawai mereka untuk mengubah pengelasan itu menurut Seksyen 2C OSA dan kemudian mendedahkannya kepada umum.

Jabatan Audit Negara salah satu pihak berkuasa tempatan yang menyiasat isu berkaitan 1MDB.

Najib berulang kali menafikan salah laku manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula telah membersihkan namanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS