Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menolak permohonan qazaf (mengenai saksi palsu) Datuk Sri Anwar Ibrahim terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat.

Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar berkata demikian kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.

Beliau berkata ini walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah zina.

Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.

Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk perluaskannya.

Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS