PAS Johor anjur perbincangan mengenai Islam liberal
Terjemahan Ahad ini, Johor Bahru akan menjadi medan perbahasan mengenai "Islam Liberal" yang dianjurkan oleh PAS Johor. Anggota panelnya pula terdiri daripada ahli politik, kolumnis kontroversial, wakil perubuhan bukan kerajaan dan seorang ahli akademik.
Terjemahan Ahad ini, Johor Bahru akan menjadi medan perbahasan mengenai "Islam Liberal" yang dianjurkan oleh PAS Johor. Anggota panelnya pula terdiri daripada ahli politik, kolumnis kontroversial, wakil perubuhan bukan kerajaan dan seorang ahli akademik.
Ketua Penerangan PAS Johor, Zulkfili Ahmad berkata beliau yakin anggota panel tersebut akan mengemukakan pandangan-pandangan 'pembuka mata' mengenai isu berkenaan berdasarkan kepada fakta dan justifikasinya.
Katanya, Setiausaha Agung PAS Nasharuddin Mat Isa (foto), Kolumnis Utusan Malaysia Astora Jabat, bekas pensyarah Nazri Chik dan pegawai program Sisters In Islam (SIS) Norhayati Kaprawi, telah mengesahkan kehadiran mereka.
"Kami menganjurkan perbincangan itu, dengan harapan untuk memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia mengenai Islam liberal yang kini menjadi topik hangat di kalangan umat Islam di negara ini," katanya ketika dihubungi.
"Kami juga berharap untuk membincangkan usaha-usaha di peringkat antarabangsa untuk mempromosi Islam liberal sepertimana yang dilihat di New York di mana Dr Amina Wadud mengetuai sembahyang jemaah lelaki dan perempuan dan kesannya terhadap rakyat Malaysia," tambahnya.
Perkembangan terbaru
Katanya, anggota panel dijangka membincangkan sama ada dengan penggalakan Islam liberal, maka akan berakhir peranan dan tanggungjawab masyarakat Islam dalam menggalakkan amar ma'aruf nahi mungkar (menggalak kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Mereka juga akan berbincang sama ada perkembangan terbaru di negara ini menunjukkan Malaysia cenderung ke arah konsep tersebut, jika Islam liberal dipromosikan di peringkat antarabangsa.
"Peristiwa seperti cadangan penubuhan
majlis
antara agama, kritikan terhadap
undang-undang moral dan gesaan dipisahkan salibus agama (di sekolah kebangsaan) seperti yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (foto), merupakan tanda-tanda yang kita sedang menuju ke arah tersebut," katanya.
Selain itu, Zulkifli berharap SIS tidak setakat menyuarakan pandangan mereka terhadap perkara tersebut, tetapi juga menjelaskan sama ada memorandum anti undang-undang moral yang ditandatanganinya bersama 49 badan bukan kerajaan dan 200 individu, merupakan bukti kecenderungannya ke arah Islam liberal.
Beliau juga memberi jaminan bahawa keempat-empat anggota panel tersebut akan berbincang secara profesional.
"Saya sendiri akan mempengerusikan perbincangan tersebut dan saya akan pastikan semua perbincangan dijalankan secara profesional dan semua hujah bersandarkan kepada fakta dan justifikasi, dan bukannya berasaskan sentimen dan emosi.
"Perbincangan itu dibahagikan kepada tiga sesi. Dalam sesi pertama, saya akan melontarkan pertanyaan kepada setiap anggota panel yang akan bergilir menyatakan pandangan mereka.
"Sesi kedua akan merupakan sesi soal-jawab dengan para hadirin dan dalam sesi terakhir, anggota panel akan membuat kesimpulan berhubung isu tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, PAS Johor tidak akan mengeluarkan sebarang kesimpulan mengenai isu berkenaan tetapi menyerahkan kepada mereka yang mengambil bahagian untuk membuat kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang dibincangkan di majlis tersebut.

