Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ketatkan kawalan ke atas Baju Merah juga, kata pemuda Gerakan
Diterbitkan:  Oct 31, 2016 12:46 PM
Dikemaskini: 4:55 AM

Seorang pemimpin Pemuda Gerakan menggesa polis mengetatkan kawalan ke atas pergerakan Baju Merah kerana kumpulan anti-BERSIH itu menimbulkan ancaman untuk berhimpun secara aman.

"Walaupun saya menyokong perhimpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang, tindakan ganas atau tindakan yang menyebabkan kebencian dan keharmonian adalah tidak sama sekali.

"Oleh itu polis perlu mengetatkan kawalan bukan sahaja kuning (BERSIH), tetapi merah.

"Ia terbukti pada perhimpunan secara terbuka di khalayak ramai pada masa lalu, tiada siapa yang boleh jamin perhimpunan aman, terutamanya apabila terdapat provokasi," kata Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong di Facebook beliau.

Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos sebelum ini berikrar menghentikan perhimpunan BERSIH5 yang menuntut reformasi pilihan raya dan demokrasi.

Kumpulan itu berdepan konvoi BERSIH di seluruh negara sejak beberapa minggu lalu, dengan beberapa insiden keganasan berlaku terutamanya di Selangor.

Jamal juga mengancam untuk mengumpulkan 300,000 peserta Baju Merah bagi menentang BERSIH.

BERSIH pada 29 dan 30 Ogos tahun lepas mengadakan himpunan yang menyaksikan lebih 150,000 berkumpul di ibu negara bagi membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan skandal 1MDB.

Kumpulan Baju Merah mengadakan himpunan balas pada 16 September tahun lepas di mana 45,000 peserta membanjiri Dataran Merdeka untuk menunjukkan penentangan terhadap BERSIH 4.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS