Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
China Construction Bank (Malaysia) dapat lesen bank komersil
Diterbitkan:  Nov 1, 2016 6:15 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen bank komersil kepada China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB Malaysia), sebuah anak syarikat milik penuh China Construction Bank Corporation Ltd.

Lesen yang diberikan buat kali pertama di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah berdasarkan kepada keteguhan dan kemampuan China Construction Bank Corporation Ltd untuk membawa usul yang terkait dengan kepentingan terbaik Malaysia.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, tumpuan utama CCB Malaysia dalam pembiayaan projek infrastruktur akan memberikan tambahan nilai ke arah transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Kehadiran CCB Malaysia dijangka akan terus mengukuhkan hubungan ekonomi dan kewangan antara China dan Malaysia, serta menyumbang ke arah pembangunan sektor kewangan dalam negara yang efektif dan dinamik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS