Terjemahan Kerajaan telah menamatkan kontraknya dengan kontraktor utama yang mengendalikan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM4.6 juta yang mengalami kelewatan dan melampai bajetnya.

Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, Kementerian Pengangkutan berkata kontrak pembinaan landasan berkembar elektrik yang diberikan kepada DRB-Hicom pada 3 Julai 2000, telah ditamatkan. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sebab-sebabnya.

Katanya, kontrak bagi meneruskan projek tersebut akan diberikan kepada syarikat lain, tetapi tidak menamakan syarikat berkenaan.

"Dengan keputusan itu, baki kerja yang perlu disiapkan di bawah kontrak tersebut akan diberikan kepada syarikat lain untuk menyiapkannya," kata kenyataan itu lagi.

Agensi berita Bernama melaporkan, hanya 65 peratus daripada landasan sepanjang 180-kilometer antara Rawang, di utara Kuala Lumpur dan Ipoh, yang dapat disiapkan dan projek itu.

Pelaksanaan projek itu juga lewat selama 17 bulan daripada jadualnya, manakala kosnya meningkatkan RM700 juta melebihi bajet asalnya.

Perniagaan teras kumpulan DRB-Hicom ialah pengeluaran kenderaan, hartanah dan infrastruktur. Lebih 15 peratus ekuitinya dikuasai oleh Datuk Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kementerian Pengangkutan berkata, ia sedang memuktamatkan perlantikan syarikat baru yang akan mengambil alih projek berkenaan.

Menurut Bernama, kumpulan UEM, sebuah daripada lima sub-kontraktor bagi pembinaan landasan berkembar antara Ipoh-Rawang, telah menyuarakan minatnya untuk menyiapkan projek berkenaan. AFP