Sekumpulan penyokong 'baju merah' yang dikaitkan dengan Umno hari ini berkumpul di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya selepas mendakwa mendapat maklumat beberapa NGO bermesyuarat di situ hari ini.

Mesyuarat itu, dakwa mereka, membincangkan cara untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, anggota jawatankuasa Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) Abu Bakar Yahya ketika bertemu kumpulan itu menafikannya.

Beliau sebaliknya berkata mesyuarat hari ini hanya melibatkan sukarelawan mereka daripada Kelantan dan Terengganu.

Pemimpin mereka, iaitu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bagaimanapun tidak hadir pada himpunan hari ini.

Pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah presiden kehormat yayasan itu.

[Baca berita penuh]