Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hampir 2 juta pekerja asing sementara di Malaysia
Diterbitkan:  Nov 10, 2016 1:08 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Seramai 1,854,684 pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah dan aktif sehingga 30 September tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah ini mewakili pekerja asing digaji secara sah dan pemegang PLKS yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Jumlah pemegang PLKS tertinggi adalah warganegara Indonesia sebanyak 749,266 diiukuti Nepal (411,364) and Bangladesh (237,991).

"Kelulusan pengambilan pekerja asing semasa adalah berdasarkan kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai mengikut kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu.

"Penggajian pekerja asing merupakan langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan.

"Selain itu selepas tamat tempoh penggajian pekerja asing ini dikehendaki balik ke negara masing-masing," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Beliau menambah kerajaan pada 19 Februari telah memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan pengambilan pekerja asing baharu termasuk pekerja warganegara Bangladesh sehingga kerajaan berpuas hati dengan keperluan sebenar oleh pihak industri.

Bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan, kadar levi yang dikenakan adalah sebanyak RM1,850 manakala bagi sektor perladangan dan pertanian, kadar levi adalah sebanyak RM640.

Kadar levi yang dikenakan bagi sektor informal pembantu rumah asing adalah sebanyak RM410.

Zahid menjawab soalan ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang meminta beliau menyatakan polisi pengambilan pekerja asing, bilangan mereka yang berada di Malaysia mengikut negara dan caj yang dikenakan.

Lihat Komen
ADS