Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman gagal mengetepikan arahan untuk membayar ganti rugi RM350,000 kepada Felda setelah kalah dalam saman fitnah dengan agensi kerajaan itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Hamid Sultan Abu Bacher menyampaikan keputusan sebulat suara di Putrajaya pagi ini.

Hakim Datuk Hasnah Hashim ketika membaca penghakiman itu berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul berdasar prinsip undang-undang apabila mendapati tiada penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak.

Hakim merujuk kepada siti “surat-surat tanpa prejudis” antara kedua-dua pihak semasa proses rundingan penyelsaian kes itu sebelum keputusan Mahkamah Tinggi tahun lepas.

Mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Hasnah juga mengarahkan kos RM10,000 dibayar kepada Felda.

Mazlan dan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang menerbitkan buku bertajuk Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long, diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Mazlan, bekas pemimpin kanan PAS, kini menyertai serpihan parti Islam itu, Parti Amanah Negara (AMANAH).

[Baca berita asal]