Pendaftar Pertubuhan (ROS) diberi amaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang ia mungkin berdepan dengan pembatalan pendaftaran jika ia menggunakan nama "BERSATU" dan bukannya nama parti "PPBM" yang ia telah diarahkan untuk gunakan.

BERSATU telah dimaklumkan mengenainya dalam sepucuk surat peringatan dari ROS kepada parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Sharuddin Md Salleh dalam dalam satu kenyataan semalam.

" Surat yang bertarikh 9 November 2016 ini mengingatkan dan memberi amaran kepada PPBM supaya tidak lagi
menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

"Antara lain surat tersebut memberi amaran bahawa 'sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan pihak PPBM masih lagi menggunakan nama atau panggilan BERSATU dalam apa keadaan sekalipun, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap PPBM termasuklah tindakan yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran PPBM',"kata Shahruddin.

Katanya, beliau kecewa dengan larangan itu kerana ramai ahli dan orang ramai yang sudah sebati dengan perkataan BERSATU bagi merujuk epada PPBM.

Namun begitu, Shahruddin menasihatkan ahli-ahli supaya mematuhi arahan ROS dalam semua urusan rasmi parti itu.

"Kita perlu akur dengan peringatan tersebut kerana pasti kita tidak mahu isu ini akan menganggu-gugat
semua penat lelah yang telah dan sedang dilakukan oleh semua pihak untuk menguatkan parti," katanya.

Nama "BERSATU" adalah pilihan pertama apabila parti itu mendaftar tetapi ia telah dibantah oleh pemimpin BN yang mendakwa ia "mengelirukan".

ROS kemudiannya meluluskan pendaftaran parti itu, dan mengarahkan ia untuk menggunakan istilah "PPBM".

[Baca berita penuh]