Jika Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dijatuhkan hukuman penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada hari Isnin ini, apa yang bakal paling dirinduinya ialah anak lelaki beliau yang berusia tiga tahun.

"Isteri saya akan faham. Anak saya baru berumur tiga tahun.

"Saya tidak fikir dia faham (apa yang berlaku kepada saya), dia hanya memahami Thomas the Tank Engine.

"Satu-satunya konsep yang dia fahami sekarang, kadang-kadang saya perlu keluar dari rumah pada waktu malam kerana pergi kerja dan tidak gembira... tahulah, sindrom anak tunggal.

"Saya boleh bayangkan jika saya pergi (ke penjara), hari pertama, kedua atau ketiga akan menjadi sangat sukar untuknya kerana dia tidak akan dapat faham mengapa saya tidak kembali," kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di pusat khidmat kawasan Pandan.

Jelas Rafizi lagi, beliau telah berbincang dengan isterinya sebelum ini jika dikenakan hukuman penjara atas mana-mana kes yang sedang dibicarakan, lebih baik sebelum anak semakin membesar dan rapat dengannya.

Malangnya, beliau berkata, kes-kes tersebut terus tertangguh dan kini anaknya sudah berusia tiga tahun dan sangat rapat dengannya.

Selain itu, tambahnya, beliau telah melakukan segala persiapan yang perlu untuk keluarganya, parti dan pusat khidmatnya jika dihukum penjara esok.

[Baca berita penuh]