ICC: Tentara AS di Afghanistan mungkin terlibat jenayah perang
Diterbitkan: Nov 15, 2016 11:49 AM | Dikemas kini: Nov 16, 2016 3:36 PM
GLOBAL Terdapat “asas yang munasabah” untuk mempercayai bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam jenayah perang, termasuk penderaan di Afghanistan, kata pihak pendakwaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam.
Ketua pendakwa ICC Fatou Bensouda dalam laporan awalnya menyebut sekurang-kurangnya 61 tahanan didera, diberi layanan kejam dan dijatuhkan maruahnya, lapor dpa.
Laporan itu juga menyebut 27 orang didera oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan kebanyakan jenayah itu berlaku antara tahun 2003 dan 2004.
Laporan yang dikeluarkan semalam juga mendakwa apa yang berlaku bukan kes terpencil.
ICC ditubuhkan pada 2012 untuk mendakwa kesalahan jenayah perang, perang terhadap kemanusiaan dan penghapusan bangsa.

