Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Blackout 505 Nik Nazmi diteruskan di Mahkamah Tinggi

Kes yang membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkaitan dengan perhimpunan Blackout 505 tiga tahun lalu akan berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ini selepas beliau menarik balik permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan prosiding.

"Kami telah menarik balik (permohonan) untuk menangguhkan prosiding di Mahkamah Tinggi itu

"Oleh itu, kes di Mahkamah Tinggi akan diteruskan," kata peguam Nik Nazmi Louis Liaw kepada pemberita di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Pada Oktober lalu, Exco kerajaan Selangor itu didakwa buat kali ketiga bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 kerana tidak memberikan notis 10 hari untuk perhimpunan Black 505 pada 2013.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan penganjur yang gagal memberikan notis 10 hari kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan boleh didakwa dan dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS