Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak saman, arah peneroka bayar kos RM300,000
Diterbitkan:  Nov 16, 2016 3:31 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak saman RM422 juta yang dikemukakan oleh lebih 700 peneroka terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta sebuah anak syarikatnya atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan itu memerintahkan peneroka membayar RM300,000 sebagai kos ganti rugi kepada defenden.

Semua peneroka diwakili peguam R Sivarasa dan Shahid Adli Kamarudin manakala pihak defenden diwakili oleh Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin .

Pada 26 April 2012, 770 peneroka dari lapan tanah rancangan di Felda Chini dan Chini Timur memfailkan saman atas dakwaan penipuan serta pecah amanah.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS