Artikel lamanweb MCA kritik larangan hiburan pada waktu sembahyang
Terjemahan Rasional di sebalik larangan mengadakan program atau persembahan hiburan pada waktu sembahyang umat Islam, mesti dijelaskan atau kerajaan akan kehilangan sokongan rakyat, kata sebuah artikel dalam lamanweb MCA.
Terjemahan Rasional di sebalik larangan mengadakan program atau persembahan hiburan pada waktu sembahyang umat Islam, mesti dijelaskan atau kerajaan akan kehilangan sokongan rakyat, kata sebuah artikel dalam lamanweb MCA.
Artikel dalam bahasa Cina itu, yang ditulis oleh Tee, berkata langkah itu bertentangan dengan dasar terbuka dalam amalan agama yang diamalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dr Mahathir menyatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam sekular dan perdana menteri sekarang mempromosi Islam Hadhari, yang tidak menggunakan konsep agama yang sempit untuk mentadbir negara," katanya.
Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin mengumumkan, program atau persembahan hiburan tidak boleh diadakan atau ditayangkan pada waktu sembahyang di bawah garispanduan baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
Garispanduan itu juga menyarankan supaya diasingkan penonton lelaki dan perempuan yang menonton persembahan hiburan.
'Tak masuk akal'
Dalam artikel tersebut, Tee melahirkan rasa terperanjatnya bagaimana pihak kerajaan boleh membenarkan perkara seumpama itu sedang perdana menteri sekarang dan yang sebelumnya, mengecam konsep agama yang sempit.
"Kami berharap Perdana Menteri kita (Abdullah) yang bersikap terbuka, akan memberi respons sewajarnya terhadap garispanduan itu, bagi membuktikan dasarnya tidak memaksa konsep agama yang ekstrem, tetapi bersifat demokratik dan menjaga kebajikan semua kumpulan kaum," katanya.
Sebagai contoh, artikel tersebut menyatakan penganut Buddha tidak boleh memaksa prinsip vegetarianismenya ke atas penganut agama lain.
"Bagi kami ianya tidak masuk akal! Jika Jabatan Kemajuan Islam tidak mengendahkan perasaan orang lain, dan bertindak memaksa kepercayaan mereka, bagaimana rakyat penganut agama dan bangsa lain boleh menerima mereka?"
Menurutnya lagi, orang bukan Islam sentiasa bertolak-ansur pada waktu sembahan orang Islam di mana pembesar suara turut digunakan yang 'mengganggu waktu tidur dan kehidupan orang lain"
"Jika kerajaan memaksa undang-undang Islam ke atas rakyat, bukan sahaja orang bukan Islam jadi menyampah, mungkin ada orang Islam sendiri yang merasakan ianya mengarut," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.