Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan badan perhubungan Umno Melaka untuk menarik balik arahan yang diberikan kepada ahli akar umbi supaya menyertai perhimpunan balas ‘Baju Merah’ bagi BERSIH5 pada Sabtu ini.

"Sebagai Setiausaha Agung, saya beritahu, tarik balik surat itu dan jangan sertai mana-mana perhimpunan (baju) merah atau kuning atau apa sahaja warna," katanya.

"Kami beritahu mereka jangan juga menyelaras," katanya kepada wartawan ketika melancarkan sebuah restoran makanan laut baru di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, surat yang kononnya daripada Ketua Penerangan Umno Melaka Datuk Sulaiman Md Ali, mengarahkan ahli akar umbi parti untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan perhimpunan Baju Merah.

"Ini (perhimpunan Baju Merah) tidak ada kaitan dengan Umno," kata Tengku Adnan.

Beliau mengesahkan hanya jawatankuasa perhubungan Umno Melaka yang mengeluarkan surat sedemikian, yang telah ditarik balik atas arahannya.

Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, turut menafikan Umno Perak bersetuju membayar RM50 untuk ahli-ahli akar umbi menyertai perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS