Menteri: Semua bayaran biasa telah dibuat kepada DRB-Hicom
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kesemua bayaran biasa mengenai projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Rawang telah dibuat kepada DRB-Hicom Bhd.
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kesemua bayaran biasa mengenai projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Rawang telah dibuat kepada DRB-Hicom Bhd.
"Tiada bayaran yang tertunggak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Avenue di Kuala Lumpur hari ini.
"DRB-Hicom telah dibayar bagi apa sahaja kerja yang telah dilakukannya. Sebarang pembayaran tertunggak telah diselesaikan. Biasalah jika terdapat tuntutan bayaran atau arahan tambahan tetapi ianya isu yang berasingan," katanya.
Isnin lalu, pengerusi kumpulan DRB-HICOM Bhd Tan Sri Mohd Saleh Sulong berkata, pengambilalihan projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Rawang oleh kerajaan daripada kumpulan itu telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, Mohd Saleh berkata, kedua-dua isu itu merupakan punca kelewatan menyiapkan projek itu. Salah satu daripadanya ialah arahan tambahan dan satu lagi adalah disebabkan pembayaran lewat.
Menurut laporan Bernama , Menteri Kewangan Kedua itu juga telah ditanya mengenai perkembangan projek bernilai RM2.6 bilion itu.
Beliau mengulangi selaki lagi bahawa projek itu terletak di bawah tanggung jawab Kementerian Pengangkutan.
"Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab tetapi kerajaan berhasrat untuk menyiapkannya secepat mungkin," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.