Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Liputan sidang akhbar bukan jenayah, kata Gan
Diterbitkan:  Nov 18, 2016 3:23 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, yang didakwa berkaitan dengan video kritikal terhadap Peguam Negara berkata membuat liputan sidang akhbar bukannya jenayah.

Wartawan tersohor itu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikenakan hari ini dan menyifatkan pendakwaan berkenaan sebagai gangguan.

Gan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen (Cyber) Kuala Lumpur pagi ini atas dakwaan menyiarkan video jelik itu di laman web KiniTV, yang ditonton oleh orang ramai.

Video bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan” dan satu lagi video sama yang menggunakan tajuk bahasa Inggeris memaparkan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengkritik Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Ia berkisar mengenai sidang akhbar Khairuddin, bekas naib ketua Umno Batu Kawan, yang membidas Apandi dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

Pada sidang akhbar itu, Khairuddin yang merujuk saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mempersoalkan mengapa Apandi ‘membersihkan’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sekali lagi, kita melihat tindakan diambil terhadap media yang meliputi sidang akhbar. Ini jelas satu kes gangguan," kata Gan dalam satu kenyataan.

"Kami akan membela diri habis-habisan dan membuktikan di mahkamah bahawa dengan membuat liputan sidang akhbar itu, kami tidak melakukan sebarang jenayah tetapi hanya menjalankan tugas sebagai wartawan," katanya.

Gan juga berkata wujud percanggahan kepentingan apabila Pejabat Peguam Negara membuat dakwaan ke atas organisasi media yang memuat naik video yang didakwa menghina Apandi.

"Kami akan berbincang dengan peguam mengenai kemungkinan untuk sepina AG supaya tampil memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

"Beliau perlu menjelaskan mengapa laporan seseorang yang melabel orang lain sebagai haprak dalam sidang media adalah satu jenayah," katanya.

Jika sabit kesalahan, Kinitv dan Gan berdepan dengan denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS