Sejuta rakyat Korea Selatan dijangka berdemo hari ini
Diterbitkan: Nov 19, 2016 6:54 PM | Dikemas kini: Nov 19, 2016 6:56 PM
Kira-kira sejuta rakyat Korea Selatan dijangka menyertai perhimpunan seluruh negara hari ini bagi menuntut pengunduran presidennya Park Geun-hye yang berdepan dakwaan skandal.
Memetik Xinhua, Bernama melaporkan di Seoul sahaja kira-kira setengah juta orang dijangka berarak malam ini dengan membawa lilin.
Sabtu minggu lepas, kira-kira 1.3 juta orang ramai telah membanjiri ibu kota negara itu.
Lebih setengah juta orang lagi dijangka memenuhi 50 bandar-bandar utama lain di negara itu dalam demonstrasi Sabtu keempat hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.