Dr M dakwa Israel mahu lindungi kekejaman Zionis
Terjemahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Kerajaan Israel sengaja menghalangnya daripada memasuki Baitulmaqdis dan bandar Jenin di Tebing Barat bagi mengelakkan terbongkarnya kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
Terjemahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Kerajaan Israel sengaja menghalangnya daripada memasuki Baitulmaqdis dan bandar Jenin di Tebing Barat bagi mengelakkan terbongkarnya kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
Agensi berita Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata Israel yang disifatkannya sebagai "kerjam" dan "sombong" telah berbohong yang pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada beliau untuk menadakan lawatan tersebut.
"Jenin tempat yang Israel rosakkan, bunuh banyak orang, dia (Israel) tak nak saya pergi," katanya.
Dr Mahathir yang merupakan penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin sepanjang tempoh 22 tahun berkuasa di malaysia, melawat Tebing Barat minggu lalu apabila beliau dihalang daripada memasuki Baitul Magdis dan Jenin.
Pihak berkuasa Israel yang menguasai pintu masuk ke bandar-bandar di Tebing Barat serta di sempadan ke Jordan, memberitahu mereka tidak menerima pemberitahuan awal mengenai ketibaan Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ianya satu pembohongan kerana beliau telah memaklumkan mengenai lawatannya dua minggu lebih awal.
Sengaja lengah-lengahkan
"Apabila saya sampai di situ, pegawai-pegawai Israel mengambil masa lebih dua jam, tengok gambar-gambar saya dan bermacam-macam lagi, supaya saya lambat...apabila saya lambat saya tak boleh pergi ke Jenin kerana saya kena balik sebelum jam 6 petang sebelum pintu sempadan ditutup," katanya.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, apabila beliau menukar rancangannya dan berkata dia mahu pergi ke Baitulmaqdis, dia menerima panggilan telefon mengatakan tidak boleh pergi ke Baitulmaqdis kononnya ada masalah keselamatan.
Dr Mahathir berkata, Israel memang zalim kerana mereka telah memisahkan keluarga Palestin dengan membina benteng di tengah-tengah kampung manakala tanah kosong pula dirampas.
"Mereka sombong, dia bina benteng 30 kaki (9.12 meter) bukan sekat Israel daripada Palestin...tetapi keluarga Palestin, menyebabkan mereka terpaksa berjalan jauh melalui pusat pemeriksaan, apabila mereka mahu bertemu sanak saudara di dalam kampung yang sama," tambahnya.
D Mahathir, yang bersara pada bulan Oktober 2003, berkata, beliau melawat Tabing Barat bagi memperlihatkan sokongan terhadap perjuangan dan perpaduan rakyat Palestin.
Sejurus sebelum bersara, Dr Mahathir telah menimbulkan rakyat Israel apabila beliau mendakwa kaum Yahudi memerintah dunia melalui proksi, dan membuat orang lain berperang dan mati untuk mereka.

