Kit Siang: Dahulukan siaran langsung Dewan Rakyat
Terjemahan Siaran langsung persidangan Dewan Rakyat melalui internet patut diutamakan terlebih dahulu daripada sidang Dewan Negara, kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini.
Terjemahan Siaran langsung persidangan Dewan Rakyat melalui internet patut diutamakan terlebih dahulu daripada sidang Dewan Negara, kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini.
"Perkara yang sepatutnya dilakukan ialah untuk Dewan Rakyat melancarkan siaran langsung persidangannya melalui internet kerana ahli Parlimen, terutama dari DAP, yang sejak dahulu lagi, telah menggesa supaya diadakan siaran langsung tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa persidangan Dewan Negara akan disiarkan secara langsung melalui internet dan ini diikuti oleh Dewan Rakyat.
Menurut Lim lagi, adalah "sukar hendak dipercayai" yang Dewan Rakyat tidak akan bersetuju persidangannya disiarkan secara langsung melalui internet jika kebenaran diminta daripada ahli-ahli Parlimen.
Ini, katanya, menimbulkan persoalan mengapa ianya tidak dilakukan supaya sidang Dewan Rakyat dapat disiarkan secara langsung, sebelum sidang Dewan Negara.
Lim berkata, adalah penting perjalanan siaran langsung itu diletakkan di bawah kawalan ahli-ahli Parlimen sama ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara bertanggungjawab terhadap semua aspek siasaran persidangan masing-masing, melalui Jawatankuasa Penyiaran berasingan ataupun Jawatankuasa Bersama bagi kedua-dua dewan tersebut.
Sementara itu, lamanweb DAP telah menyiarkan sesi soal-jawab yang dirakamkan sewaktu persidangan Dewan Rakyat lalu ((22Mac 28 April).
Ketika dihubungi, Lim enggan menyatakan sumber-sumber rakaman tersebut.
Jawatankuasa perintah tetap
Dalam satu lagi perkembangan, Lim berkata, jawatankuasa perintah tetap Dewan Rakyat akan bermesyuarat pada 3 Jun ini mesyuarat pertamanya selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Beliau mencadangkan jawatankuasa berkenaan menyediakan laporan segera untuk diterimapakai oleh Dewan Rakyat, termasuk peruntukan hari-hari tertentu dalam seminggu untuk mengendalikan isu-isu dari pihak pembangkang, peruntukan dua kali seminggu untuk perdana menteri menjawab soalan dan memoden serta mendemokrasikan perintah-perintah tetap.
Ini termasuk Perintah Tetap 18 yang memerlukan notis 24 jam untuk membangkitkan usul tergempar. Dicadangkan tempoh tersebut dipendek kepada dua jam sahaja dan Perintah Tetap 22 (2) untuk mencadangkan tempoh notis yang singkat bagi soalan dikemukakan di Dewan Rakyat.
Mengikut amalan sekarang, sekurang-kurangnya notis 14 hari diperlukan untuk mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.
Lim juga mencadangkan supaya jawatankuasa tersebut membincangkan mengenai aspek penyelidikan dan kakitangan bagi ahli-ahli Parlimen. Dewan Rakyat akan bersidang lagi pada 20 Jun depan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.