KPN dan Noh Omar dijemput hadiri forum DAP
Terjemahan Parti pembangkang DAP telah menjemput Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar sertai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar untuk menyertai forum anjurannya pada malam esok bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Diraja Polis.
Terjemahan Parti pembangkang DAP telah menjemput Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar sertai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar untuk menyertai forum anjurannya pada malam esok bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Diraja Polis.
Walaupun kedua-duanya belum lagi menjawab jemputan tersebut, tetapi ahli jawatankuasa penganjur forum itu, John Chung berkata, parti itu akan membuat susulan terhadap jemputan tersebut.
Ketika dihubungi hari ini, Chung berkata, pejabat Mohd Bakri telah mengirimkan faks memaklumkan yang pihaknya telah menerima surat jemputan tersebut, tanpa menyatakan sama ada beliau bersetuju untuk menghadiri forum berkenaan.
"Apabila saya bercakap dengan setiausaha sulit Datuk Noh Omar pula, beliau mengesahkan telah menerima surat jemputan tersebut. Tetapi memandangkan Datuk Noh tidak ada, jadi beliau belum lagi membaca surat tersebut," kata Chung.
Empat ahli penal akan menyertai forum tersebut di dewan YMCA di Kuala Lumpur mulai jam 8 malam, Mereka termasuk dua anggota Suruhanjaya Diraja Polis bekas presiden Transparency International Tunku Abdul Aziz dan Pengarah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh.
Dua lagi ahli penal ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dan Ramdas Tikamdas, bekas presiden badan hak asasi manusia, Hakam.
Bertukar fikiran
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok berkata forum itu bertujuan menggalakkan perbincangan awam mengenai laporan tersebut, serta menyedia wadah untuk bertukar fikiran mengenai perakuan yang dibuat oleh suruhanjaya berkenaan.
"Kami berharap Tan Sri Mohd Bakri dan Datuk Noh Omar, yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis, akan hadir," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Laporan tersebut disediakan oleh 16 anggota suruhanjaya tersebut yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah, dan telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pada 29 April lalu.
Suruhanjaya tersebut mengambil masa 18 bulan untuk mengumpul maklumbalas serta merangka 125 perakuan untuk meningkatkan integriti, operasi dan pengurusan pasukan polis, yang menjadi sasaran dakwaan amalan rasuah dan menyalahguna kuasa.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.