Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Berdepan pihak berkuasa, Orang Asli nyanyi Negaraku
Diterbitkan:  Nov 30, 2016 11:48 AM
Dikemaskini: 5:45 AM

Aktivis-aktivis semalam menyanyi lagu Negaraku ketika pihak berkuasa menghampiri sekatan di kawasan Orang Asli di Gua Musang semalam.

Ia dilihat sebagai usaha memperlambatkan tindakan terhadap sekatan yang menghalang pembalak keluar masuk di kawasan itu.

Langkah itu dilihat berjaya apabila pihak berkuasa berhenti seketika bagi menghormati lagu kebanggaan ketika insiden itu.

Bagaimanapun, selepas nyanyian lagu kebanggaan hampir tamat, pihak berkuasa kemudian memberi amaran supaya mengosongkan kawasan itu.

Mereka juga berkata sekatan itu menyalahi Akta Perhutanan Kebangsaan dan mereka mahu merobohkan sekatan itu dan binaan di tempat itu.

Aktivis bagaimanapun enggan berganjak walaupun diminta berulang kali oleh pihak berkuasa.

Polis semalam menahan lebih 40 aktivis Orang Asli yang dibawa ke hadapan majistret untuk perintah reman hari ini.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 anggota polis terlibat dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Kelantan.

Aktivis-aktivis berkata polis hanya “membantu” operasi supaya semuanya berjalan lancar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS